KELAYAKAN
1.1 Penyertaan dibuka kepada semua dan dibahagikan kepada kategori-kategori berikut:
Kategori Umum:
- 18 tahun dan ke bawah
- 19 tahun ke atas, dan
Kategori Komuniti Pusat Internet 1Malaysia:
C. Terbuka
1.2 Setiap penyertaan hanya layak dipertandingkan dalam satu kategori sahaja.
MEDIA
- Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan karya digital mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan jenis-jenis media berikut:
a. Infografi
b. Typografi
c. Fotografi
d. Ilustrasi – Digital and lukisan tangan (lukisan tangan hendaklah diimbas (scan) untuk penyerahan) - Bahasa pengantara:
a. Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Malaysia di mana penggunaanya difahami oleh ahli masyarakat secara umum.
b. Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa slanga (slang) atau ayat yang mempunyai makna tersembunyi (double meaning) akan disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara pihak penganjur.
- Saiz dan dimensi hasil karya beresolusi tinggi (final artwork) adalah seperti berikut:
Size: 11” x 17” (28cm x 43cm) (A3)
Resolusi: 150 dpi
Orientasi: Potret
Format: Jpeg
Maksima File Upload: 1MB (1000kb)
Boleh layari laman web rasmi www.dakwahdigitalkdb.my untuk maklumat lanjut.