Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q2 2020 : KEUSAHAWANAN II

Nama

Umur

Usahawan     

Ahli

: IZZATI RAHIM

: 34 TAHUN

: MAKANAN (NASI AYAM DAN DAGING MASAK HITAM)     

: 8 NOVEMBER 2018

 

Latar Belakang Calon

Puan Zati  suka berniaga kerana dia ingin menambah pendapatan. Beliau memiliki sikap tidak kenal penat lelah dalam menjalankan perniagaannya. Kesungguhan beliau dapat dilihat tatkala dia nekad mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Puan Zati pada awalnya, hanya menjalankan perniagaannya dengan berkongsi di kumpulan whatsapp dan facebook. Setelah sekian lama, hasil jualan tidak mampu mencapai target yang telah ditetapkan oleh dirinya. Beliau merasakan penting bagi dirinya untuk menambah pengetahuan tentang pemasaran melalui atas talian. Beliau berhasrat untuk mempelajari asas pemasaran online dan mengikuti kursus pemasaran melalui MDEC . Beliau juga telah hadir ke pusat internet dan berjumpa dengan petugas menceritakan hajatnya untuk belajar asas pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti kelas pemasaran yang dijalankan di pusat it selabak. Sepanjang mengikuti bimbingan di Pusat Internet Kampung Selabak, beliau telah mempelajari beberapa kemahiran baru seperti membuat poster promo dengan Canva.com, membuat ayat jualan dan membuat iklan perscuma dan berbayar. Beliau kini semakin mahir menggunakan platform atas talian. Puan Zati berimpian mahu memiliki sebuah kedai makan sendiri. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai suatu hari nanti.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Puan Zati menjalankan perniagaan atas talian tanpa asas yang kukuh.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas yang dijalankan bersama Puan Zati, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran. Ilmu beliau semakin bertambah dan mahir menggunakan facebook dan whatsapp bagi tujuan perniagaan.