Nama Umur Usahawan Ahli |
: ZAWIL IZZAH : 32 TAHUN : MAKANAN (ROTI, PUDING DAN AISKRIM MALAYSIA) : 26 JUN 2018 |
Latar Belakang Calon
Puan Izzah telah berniaga sejak 2007 kerana hasratnya untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Beliau merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak, beliau telah menunjukkan tekadnya dalam bidang keusahawanan apabila beliau telah mendaftar perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pada 2008 beliau telah mula belajar memasarkan produknya melalui perniagaan atas talian. Beliau telah memaksimumkan penggunaan whatsapp dan facebook sebagai platform e niaganya. Usaha yang tidak kenal erti jemu semakin membuahkan hasil apabila beliau sikit demi sedikit sudah mampu membantu dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli keluarganya. Sehubungan itu, Puan Izzah merasakan dirinya perlu menambah pengetahuan pemasaran secara atas talian. Beliau berazam untuk mempelajari ilmu pemasaran atas talian. Beliau telah mengikuti beberapa siri kursus kursus e usahawan. Pelbagai ilmu baru telah beliau miliki bagi menambah baik kaedah pemasaran perniagaan atas talian. Puan Izzah juga menunjukkan minat belajarnya apabila beliau telah mengikuti kursus perniagaan atas talian yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Selabak. Beliau telah mengikuti beberapa kelas bimbingan perniagaan atas talian yang dijalakan oleh Pusat Internet. Antara yang dipelajari olehnya adalah membuat kedai online, pemasaran percuma dan berbayar, Iklan percuma dan berbayar, membuat poster dan close sale. Beliau meluangkan masa lapangnya untuk datang ke pusat internet bagi mengikuti kelas yang diminatinya. Beliau memiliki impian untuk memiliki kedai sendiri dan mampu mempelbagaikan lagi jualan di premis perniagaannya suatu hari ini.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Kak Izzah seorang yang minat meneroka ilmu baru.Telah menyertai pelbagai kursus untuk kebaikan diri. Seorang yang sangat suka menambah ilmu tentang pemasaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas yang dijalankan beliau telah belajar untuk mengoptimumkan akaun facebook untuk pernigaannya . Beliau juga memaksimumkan penggunaan whatsapp untuk membuat hebahan tentang perniagaannya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- – Menggunakan Microsoft Office word untuk membuat risalah
- – Mempelajari ayat iklan yang mudah hebahan melalui whatsapp
- – Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui whatsapp
- – Info dan maklumat berkaitan perniagaan atas talian
- – Whatsapp sebagai medium menjual
- – Adobe Photoshop untuk membuat poster
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIK membantu memberikan maklumat yang diperlukan oleh usahawan selaras dengan perkembangan semasa.