Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN Q1 2020 : CELIK IT

Nama     

Umur  

Ahli

: HAFZANJANI BIN AHMAD KAMAL     

: 15 TAHUN

: 24 NOVEMBER 2017

 

Latar Belakang Calon

Remaja yang berumur 15 tahun biasanya lebih suka meluangkan masa dan bersama rakan-rakannya. Adik Hafzanpula berbeza kerana dirinya  lebih suka mempelajari dan meneroka perkara baru terutamanya kemahiran membuat video. Adik Hafzan sangat suka menggunakan masa terluangnya untuk meneroka perkara baru. Semasa masa lapangnya, adik Hafzan lebih suka melayari internet dan mempelajari pelbagai kemahiran baru. Kebiasaannya adik Hafzan akan meminta ibunya untuk datang ke Pusat Internet Kampung Selabak untuk melayari internet dan menyiapkan kerja-kerja sekolah. Cita-cita adikHafzan ada ingin menjadi seorang youtuber yang berjaya suatu hari nanti. Dalam usaha untuk mencapai impiannya adik Hafzam sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Adik Hafzan tidak takut dan jemu untuk mempelajari tentang Internet dan komputer. Disini, adik telah mempelajari pelbagai pengetahuan komputer. Asas komputer seperti operasi komputer,  penggunaan internet, emel dan portal, dan lain-lain lagi turut dipelajari oleh adik Adham. Kini beliau semakin pandai menggunakan kemudahan Komputer dalam menyiapkkan tugasan sekolahnya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Adik Hafzan tahu menggunakan internet untuk mencari maklumat yang diperlukan olehnya.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan adik Hafzan semakin pandai membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya selain daripada menambah kemahiran lain.

Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI

  • – Mengenal perkakasan komputer
  • – Memahami asas pengoperasian komputer
  • – Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
  • – Editing gambar menggunakan adobe photoshop.

Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT

  • PIK membantu memahirkan diri saya tentang Komputer, internet, adobe photoshop dan kemahiran membuat video.