Nama Umur Usahawan Ahli |
: MUHAMMAD SAHRIL : 30 TAHUN : PERKHIDMATAN SEWA BOT CRUISE : 5 APRIL 2018 |
Latar Belakang Calon
Encik Sahril merupakan seorang guru di sebuah sekolah di teluk intan. Beliau merupakan seorang guru muda yang sukakan cabaran dalam hidupnya. Beliau sangat disenangi oleh anak muridnya kerana pembawakan dirinya yang begitu santai. Dalam masa menanggung tanggunjawab sebagai seorang guru mendidik anak bangsa. Beliau juga memiliki minat dalam menaikkan nama Teluk intan dari sektor perlancongan. Menurutnya Teluk Intan merupakan bandar lama namun banyak sejarah tidak diketahui oleh generasi muda masa kini. Maka beliau berpendapat perlunya usaha yang drastik dilakukan oleh anak teluk intan sendiri untuk bangkit memajukan Teluk Intan. Tahun 2017 merupakan detik dimana beliau mula serius dalam usaha membangunkan sektor perlancongan di Teluk Intan. Beliau nekad membeli sebuah bot kruis untuk disewa oleh para pengunjung di dalam dan luar negara untuk menjelajah persisir sungai perak yang mengandungi pelbagai sejarah lama yang semakin dilupakan. Dalam menjalankan perniagaannya beliau cukup teliti dalam memastikan kualiti perkhidmatan bot sewanya sentiasa terbaik. Padanya kualiti amat penting agar pelanggannya dapat mengalami dan menikmati sesi jelajah yang terbaik.. Pada awal penglibatan dalam perniagaan ini, ianya hanya dijalankan secara jualan secara langsung kepada para pelanggan sedia ada. Dan hebahan dilakukan melalui status di facebook. Untuk memperhebatkan lagi usahawan pemasaran perkhidmatan bot sewanya, beliau telah dibimbing untuk memaksimumkan lagi penggunaan platform atas taliannya. Melalui pusat internet kampong selabak beliau telah mempelajari beberapa perkara iaitu membuat status yang lebih kerap dan video mudah bagi tujuan pengetahuan umum. Encik Sahril memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu menjadi usawahan yang Berjaya. Beliau berharap agar cita-citanya dapat dicapai dan mampu untuk terus kuat menambah ilmu pengetahuan agar dapat mengembangkan lagi perniagaannya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Encik Sahril menjalankan perniagaan bot sewa dan menggunakan platform atas talian.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui bimbingan dan dorongan yang dijalankan bersama Encik Sahril, beliau telah didedahkan untuk memaksimumkan penggunaan media sosial bagi tujuan pemasaran.