Nama Umur Ahli |
: MUHAMMAD HASIF FAKHRI BIN ISRONI : 11 TAHUN : 24 JUN 2016 |
Latar Belakang Calon
Hasif merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Beliau juga merupakan seorang yang sangat aktif di rumah mahu pun disekolah. Beliau miliki minat yang sangat kuat untuk meneroka perkara-perkara baru. Seorang yang mudah didekati oleh rakan-rakannya. Beliau cepat belajar dan mudah untuk membantu rakan-rakannya yang lain. Tatkala melihat rakannya mengalami kesulitan beliau tidak lokek untuk membantu. Begitu jugalah sikap yang ditunjukkan oleh adik Hasif di pusat internet kampong selabak. Beliau menaiki basikal dan kadang-kadang mengikuti abangnya ke pusat internet. Di pusat internet beliau suka melakukan aktiviti melayari internet untuk menambah pengetahuannya disamping menjadikan tempat ini sebagai tempat beliau menyiapkan tugasan kerja-kerja sekolah. Adik Hasif kerap kali mengkuti kelas dan bimbingan yang dijalankan oleh pusat internet kerana beliau mengatakan bahawa banyak bernda baru yang masih belum diterokai. Beliau juga sangat cekap menggunakan komputer. Antara kelas dan bimbingan yang disertai oleh adik Hasif adalah kelas asas komputer, asas internet, dashboard komuniti dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan oleh pusat internet. Beliau kini menjadi salah seorang rujukan di pusat internet sekiranya ada pengguna baru yang ingin menggunakan perkhidmatan di pusat internet. Beliau turut menarik minat ramai rakan-rakannya untuk datang ke pusat internet supaya mereka juga dapat belajar seperti mana dirinya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Adik Hasif merupakan seorang remaja yang suka mencuba perkara baru. Beliau hanya tahu menggunakan internet untuk youtube.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Adik Hasif semakin pandai memilih sumber rujukan dan membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- – Mengenal perkakasan komputer
- – Memahami asas pengoperasian komputer
- – Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
- – Mempelajari Ms. Office 2010 bagi memudahkan menyiapkan tugasan.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PI membantu memahirkan diri saya tentang Komputer dan Ms Office.