Pada 11 April 2017 (Selasa), telah berlangsungnya satu sesi temuduga bagi calon-calon yang terpilih untuk menjawat jawatan Penolong Pengurus bagi PI1M Parit 11, Hutan Melintang dan PI1M Sri Bidor. Temuduga tersebut dijalankan di PI1M Kampung Selabak dari jam 9.30 pagi sehingga selesai. Seramai 7 calon yang hadir pada temuduga tersebut. Penemuduga yang hadir pula ialah wakil dari MSD Digital Intelligence SDN BHD dan juga wakil dari Telekom Malaysia (TM).