mcmc
Aktiviti Semasa

PENYERAHAN DEKODER MYTV

3

 

Dekoder MYTV diserahkan oleh pegawai-pegawai PosLaju kepada penerima BR1M yang terpilih. Program ini diadakan pada 6 April 2017 dari jam 10 pagi sehingga 5 petang yang bertempat di Dewan Kg Selabak Teluk Intan. Buat masa ini saluran yang disiarkan ialah TV1, TV2, TVi, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel (BNC). Jumlah saluran akan bertambah dari semasa ke semasa.

Selain membolehkan pengguna menonton semua saluran TV terestrial di Malaysia secara percuma, MYTV Advance juga dilengkapi sambungan internet yang membolehkan penonton menikmati perkhidmatan tambahan seperti HbbTV, langganan siaran televisyen dan radio, video atas permintaan, membeli-belah di rumah dan permainan interaktif pada masa hadapan.