Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Selabak, Teluk Intan, Perak merupakan salah sebuah PEDi di negeri Perak yang ditubuhkan dalam fasa yang baru bagi tahun 2013 termasuk di PEDi Kg. Gajah, Kamunting dan juga Pulau Pangkor.
PEDi Kg. Selabak telah dibuka pada 1 Ogos 2013 dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan September 2013. Tujuan penubuhannya adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat disamping mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Dari segi penggunaan dan latihan adalah untuk penduduk tempatan dan penduduk sekitar dengan mensasarkan Warga Emas, Surirumahtangga, Peniaga dan Usahawan IKS, Penjawat Awam,wanita dan ibu tunggal, dan swasta, peladang, penternak serta Belia sebagai golongan sasaran.
Selain itu sebagai langkah keselamatan, PEDi Kg. Selabak telah dilengkapi dengan Kamera litar Tertutup (CCTV) bagi mengawasi persekitaran diluar dan didalam PEDi daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dari segi pengurusan dan penyeliaan seorang Pengurus dan Penolong Pengurus telah dilantik bagi menjalankan operasi PEDi dan bertanggungjawab dengan tugasan dan segala aktiviti PEDi.