mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Selabak

photo 2023 08 25 09 26 50

 

 

Assalamualaikum dan Selamat Datang,

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Selabak mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. PEDi merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar dan juga di kawasan Bandar.

Sehingga saat ini, 25 Ogos 2023, terdapat sebanyak 911 buah PEDi seluruh Malaysia. 

Doc1 page 0001

PEDi diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat luar bandar kepada penggunaan teknologi komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Pada masa kini, SKMM berhasrat menjadikan PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

       –  e-Kerajaan (e-Government)

       –  e-Pembelajaran (e-Learning)

       –  Pengumpulan dan pertukaran maklumat

       –  Pusat Komunikasi

       –  Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

       –  Pusat peperiksaan dan persijilan

 

 

PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KAMPUNG SELABAK

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Selabak, Teluk Intan, Perak merupakan salah sebuah PEDi di negeri Perak yang ditubuhkan dalam fasa yang baru bagi tahun 2013 termasuk di PEDi Kg. Gajah, Kamunting dan juga Pulau Pangkor.

 

PEDi Kg. Selabak telah dibuka pada 1 Ogos 2013 dan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan September 2013. Tujuan penubuhannya adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat disamping mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

Dari segi penggunaan dan latihan adalah untuk penduduk tempatan dan penduduk sekitar dengan mensasarkan Warga Emas, Surirumahtangga, Peniaga dan Usahawan IKS, Penjawat Awam,wanita dan ibu tunggal, dan swasta, peladang, penternak serta Belia sebagai golongan sasaran.

 

Selain itu sebagai langkah keselamatan, PEDi Kg. Selabak telah dilengkapi dengan Kamera litar Tertutup (CCTV) bagi mengawasi persekitaran diluar dan didalam PEDi daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Dari segi pengurusan dan penyeliaan seorang Pengurus dan Penolong Pengurus telah dilantik bagi menjalankan operasi PI dan bertanggungjawab dengan tugasan dan segala aktiviti PEDi.

 

 

OBJEKTIF

 

•   Menjadikan medan ICT sebagai medium untuk merapatkan jurang digital.

 

•   Menambah pengetahuan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat.

 

•   Mewujudkan sistem latihan berterusan untuk melahirkan masyarakat yang mahir, berilmu 

 

    dan berdaya saing.

 

•   Mewujudkan sistem latihan yang dinamik dan berkualiti.

 

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 

Pusat Internet (PEDi) menawarkan latihan secara PERCUMA kepada semua golongan yang telah menjadi ahli. Antara jenis latihan yang disediakan adalah seperti berikut:

       –  Pengenalan asas komputer

       –  Asas internet

       –  Aplikasi elektronik – e-kerajaan, e-dagang, e-pembelajaran, e-banking

       –  Desktop Publishing – Microsoft Office, picasa, blog

 

Antara perkhidmatan lain :

       –  Perkhidmatan Internet jalur lebar

       –  Mencetak

       –  Scanning

       –  Fotostat

       –  Laminate

       –  Binding

       –  Konsultasi berkenaan penggunaan aplikasi internet seperti e-kerajaan, e-pembelajaran dan e-dagang 

       –  Penjualan peralatan komputer

       –  Menaip / membuat kertas kerja

       –  Perkhidmatan Tambahan (Aplikasi Internet) :

       –  Semakan Saman Trafik dan JPJ

       –  Muat turun borang-borang kerajaan

       –  Permohonan UPU / Politeknik / Maktab- online

       –  Mengisi borang SPA

       –  Mencari pekerjaan melalui Bursa Buruh Elektronik

       –  Maklumat tender kerajaan

       –  Maklumat-maklumat jabatan kerajaan

       –  Maklumat E-Perbankan, E-Dagang, E-Pembelajaran, E-Perolehan dan E-Kerajaan.

       –  Pengiklanan online seperti http://www.mudah.com.my

 

 

PERALATAN PEDi KG.SELABAK

       –  Peralatan Sokongan Terdiri Daripada :

       –  20 buah komputer

       –  2 buah komputer riba

       –  Sebuah LCD/Projektor

       –  Skrin LCD

       –  Sebuah pencetak laser hitam putih

       –  Sebuah pencetak warna

       –  Sebuah pengimbas

       –  2 buah kabinet

       –  20 buah meja komputer

       –  30 buah kerusi

       –  Sebuah mesin fotostat

       –  Sebuah “binding machine”

       –  Sebuah mesin laminat

       –  Sebuah papan putih

       –  Sebuah televisyen

       –  Panasonic Smartboard

       –  5 unit CCTV

       –  2 unit pemadam api

       –  3 buah penghawa dingin

       –  Sebuah decoder astro

       –  2 buah cabinet pameran

       –  2 unit kipas berdiri

       –  1 unit sofa

 

 

WAKTU OPERASI

 

PEDi dibuka setiap hari kecuali cuti umum

Waktu Operasi

9:00 Pagi Hingga 1:00 Petang

Beroperasi

1:00 Hingga 2:00 Petang

Rehat

2:00 Hingga 6:00 Petang

Beroperasi

 

 

AJK PENYELARAS PEDi

 

Terdapat satu Jawatankuasa Penyelaras PEDi yang mewakili setiap golongan komuniti seperti warga emas, wanita, belia, usahawan dan lain-lain. Mereka ini menjadi AJK secara sukarela. Tujuan dan peranan AJK Penyelaras ini adalah untuk mempromosi dan memantau aktiviti PEDi. Mereka akan bekerjasama dengan Pengurus/Penolong PEDi dalam menjalankan aktiviti berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk dimanfaatkan oleh komuniti setempat.