Nama Umur Ahli |
: SURAYA BT ABDUL AZIZ : 42 TAHUN : 2017 |
Latar Belakang Calon
Kak Su memiliki impian yang sangat besar iaitu beliau mahu perniagaanya dikenali oleh ramai orang. Beliau memiliki impian yang besar ini kerana beliau tidak mahu perniagaan yang dijalan sejak sekian lama ini menjadi satu yang sia-sia. Oleh kerana itu beliau sentiasa bersungguh dalam usaha memperkembangkan perniagaan yang sedia ada pada masa ini. Sehubungan dengan niatnya untuk memiliki perniagaan yang dikenali ramai, beliau telah mencari maklumat-maklumat yang berkaitan pemasaran pada kini yang boleh membantu perniagaannya dikenali oleh lebih ramai orang. Beliau telah hadir ke Pusat It Kampung Selabak untuk memdapatkan maklumat. Melalui perkongsian dan perbincangan beliau telah bersetuju mengikuti kelas bimbingan computer dan pemasaran atas talian yang dijalankan di pusat It. Kak Su telah mengikuti kelas yang dijalan dengan jaya sekali. Beliau kini semakin mahir menggunakan computer dan platform atas talian seperti FB dan whatsapp di telefonnya sebagai platform pemasaran atas talian. Kak Su berharap agar cita-citanya dapat dicapai dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan impiannya tercapai.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Puan Su tahu menggunakan internet untuk mencari maklumat yang diperlukan olehnya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui kelas dan bimbingan yang dijalankan Puan Su semakin pandai membuat carian bagi memperkaya ilmu dirinya selain daripada menambah kemahiran lain seperti membuat poster, iklan berbayar, dan lain-lain lagi.
Apakah Yang Telah Dipelajari Di PI
- – Mengenal perkakasan komputer
- – Memahami asas pengoperasian komputer
- – Menggunakan internet dan membuat carian dengan browser.
- – Editing gambar menggunakan adobe photoshop.
- – Membuat kempen pemasaran atas talian.
Bagaimana PI Membantu Meningkatkan Tahap Kemahiran ICT
- PIK membantu memahirkan diri saya tentang Komputer,internet, adobe photoshop dan kemahiran membuat iklan.